Kumamon Swag
Friday, 23 March 2018
PENGALAMAN TEMUDUGA LATIHAN PEMBANTU PEMBEDAHAN PERGIGIAN DI SIBU,SARAWAK 2018.
Baiklah,since this is my first blog,saya akan perkenalkan diri dulu okey. You there yes you! Just call me Irene.
Hmmm, memandangkan saya tiada pengalaman bab-bab berblog ni,saya akan direct to the point je. Okay, hari ni 23 Mac 2018 bersamaan dengan hari Jumaat saya telah menghadiri temuduga SPA di Sibu,Sarawak. Yes saya anak Sarawak! Ini first time saya temuduga SPA sebab panggilan yang pertama dulu tahun 2017 saya tidak dapat hadir. Lagipun masa tu juga saya apply untuk IPG di Miri. Saya pentingkan temuduga IPG je masa tu. Okay dah, kita sambung balik. Berdasarkan pengalaman saya, sebelum saya pergi temuduga semua ni. Benda pertama yang saya lakukan ialah merujuk internet. Lebih-lebih lagi bila saya temuduga IPG dulu. Tetapi kebiasaannya, rujukan di internet ni pelbagai. Maklumat pun tidak sama. Yelah dah tempat dan interviewer tak sama nak buat macam mana kan. Tapi kali ni saya nak kongsi pengalaman interview saya dengan calon-calon yang nak pergi interview khas untuk mereka yang membuat pilihan Sibu sebagai tempat temuduga. Tapi kalau yang lain nak baca juga boleh je. Ini pun ilmu juga kan.
Saya interview time cuti okay. Jadi lebih mudah lah kerja saya. Yang ni saya akan buat review ala-ala sejarah sedikit. Saya akan ceritakan pengalaman sebelum dan semasa temuduga
Baiklah kita mulakan dengan sebelum. Well saya rasa korang dah tau dah apa yang perlu kita buat sebelum interview. Hah apa? Of course lah kita nak sediakan sijil semua tu. Dokumen asal dan salinan. Nak dapatkan pengesahan lagi tu. Leceh kan? Ok takpa. Lagi-lagi? Dah kita kumpul semua tu kita susun lah ikut susunan yang betul tak kan nak hantar camtu je kan? Okay sijil semua siap. Sekarang ni persediaan mental pula. Well sudah namanya interview, mesti lah bervariasi soalan yang interviewer tu bagi. Ni ibarat berperang lah kan. Kita nak berperang mesti sedia dari mental dan fizikal. Then kena ada senapang yang berisi peluru. Kita kena alert dengan soalan-soalan yang akan disoal. Ni memerlukan kaedah ramalan ni. Lah tak susah pun, kalau saya punya tentang pembedahan pergigian,saya carilah apa fungsi gigi,berapa jenis gigi dan tugas-tugas pegawai gigi ni. Mustahil nak datang temuduga tubuh kosong. Okay selesai. Pertama sediakan dokumen-dokumen penting, kedua susun dokumen tu. Ketiga bersedia dengan soalan ramalan.
Alright sekarang pengalaman saya semasa temuduga pula. Haiii,masa ni lah paling menggerikan bagi saya. Yelah ni first time saya gi interview SPA. Mana tau apa-apa. Tapi pergi juga. Masa interview tu saya datang awal dari jam yang telah ditetapkan. Kat surat dorang tulis 8.20 pagi tapi saya datang 7.15 camtu. Awal lah tu kan. Sebenarnya jam 7 dah otw tapi pak cik taxi tu sesat pula tak tau building pusat temuduga. Bagi yang curious pusat temuduga ni tak jauh dari Delta Mall, bangunan kuning ada tulisan LOT 9 besar. Jangan risau kalau nampak banyak bangunan warna kuning situ sebab pusat temuduga tu dia adalah tulis. 'pusat temuduga SPA' entah betul ke tak caption dia tu tapi ada tulis lah.Ok sambung balik. Saya datang tu sebenarnya dah boleh masuk dah tempat tu. Tapi saya tak tau. Biasalah malu-malu mana nak menyapa orang. Adalah datang calon-calon lain sama-sama menunggu kat bawah dengan saya sebab mereka ingat belum buka memandangkan saya masih tunggu ka luar. Alahaii cian nyee. Kira-kira jam 7.40 camtu barulah saya sedar dan masuk. Naik ke tingkat satu. Nampak pintu 'Bilik Temuduga' saua masuk terus. Bilik tu kecil je. Masa saya masuk dalam tu, nasib baik 5 orang je dah sampai. So saya ni orang keenam ye. Then saya masuk bilik pendaftaran. Pegawai tu tolong susun dokumen-dokumen semua calon satu persatu. Well bagi mereka yang belum pernah interview,jangan risau akan susunan dokumen tu sebab time mendaftar ni lah pegawai tu tolong bagitau,arahkan atau dia sendiri yang susun.Semasa saya mendaftar, pegawai tu tanya, first time interview ke. Saya jawablah ya. Then dia bagitau yang salinan sijil tak perlu bawa sebab interviewer tu nanti hanya nak tengok yang original. Ini bergantung kepada interviewer itu ya. Tapi sebaik-baiknya bawalah lah salinan yang telah disahkan tu. Then dia minta resume dan helaian tambahan yang telah dilengkapkan. Helaian ni boleh didapati dalam email korang ye. Print out sendiri. Lepas siap susun-susun sijil dia bagi nombor giliran. Giliran saya yang keenam. Pastu saya tunggu lah kat luar. Tengah nervous then somebody panggil nama saya. Rupanya 2 orang classmate saya dulu. Hilanglah rasa nervous tu bila ada orang yang kita kenal. Sebab dorang ni gatal mulut sangat asyik-asyik nak bercakap saya mana boleh fokus. Mestilah saya join dorang yang rancak berbual tentang berita masing-masing. Kami bertiga yang mengecohkan suasana di bilik menunggu. Tunggu punya tunggu akhirnya. Jengg jengg jenggg giliran saya pun tiba. Tangan saya time tu dah pucat. Nervous nak mampus. Nak tak nak dah giliran tiba ku gagahkan jua langkah-langkah kakiku. Cewahh!. Ok bersambung.
Sinetron kita sekarang masih di episod Semasa. Saya ketuk pintu 3 kali jenguk kepala ke dalam nampak dua orang penemuduga.Both perempuan. Saya mnta kebenaran masuk then saya hulur sijil dan resume ke mereka. Mereka mempersilakan saya duduk. Ok. Masih nervous. Soalan pertama yang saya dapat of course lah kenalkan diri dulu nama,umur,asal,mempunyai kelulusan apa. Untuk pengetahuan soalan dorang tak susah pun. Memang seperti yang diramal apa fungsi gigi. Yang ni aku jawab main tembak je.masih nervous mana ada masa nak fikir oii. Aku jawablah untuk mengunyah then dia minta lagi aku jawab sebagai penyeri muka. Enah apa jenis jawapan hantu aku bagi tu. Then salah seorang tu tanya kalau nenek tua yang tak ada gigi bercakap jelas tak. Then otak bijak aku pun berfungsi tu pun dorang dh bagi jawapan. PERTUTURAN. Aku ketawa kecil masa tu. Ok move on soalan lain. Ni memang aku tak jangka dan tak ada dalam ramalan. Dia tanya pernah dengar perkataan Florida? Aku pun dengan bangga jawab pernah dia bidas balik kat mana. Aku jawab ubat gigi. Then dia tanya pula apa fungsi benda tu. Aku ter er er dan jawab vitamin!. Penemuduga tu terkejut then ketawa. Hai macam mana florida boleh mengandungi vitamin. Aku bidas balik ummm kalsium! Mereka ketawa berdekah-dekah. Aku malu sebenarnya tapi tak nak dedah muka. Aku senyum je tengok dorang. Dorang kata kalau florida mengandungi vitamin nanti gigi kamu jadi gemuk. Lepastu mereka tanya pula cita-cita saya.Saya ni sangat susah untuk menipu jadi saya jujur jawab minat guru. Sebab tu apply IPG. Tpi tak dapat.kesian sungguh nasib. Soalan-soalan lain lebih kepada personal macam sekarang kerja ke belajar. Status. And that's all. Interview tamat macam tu je. Simple right? Dorang kata itu sahaja keputusan akan diumumkan 1 month from now. Aku pun happy lah benda ni berakhir sebelum keluar aku ucap terima kasih kepada mereka and voala i'm out of the scary room.
Lepastu aku siap nak balik lah. Berakhirlah sinetron aku kat situ. Aku ni sebenarnya jenis introvert. Sangat-sangat malu. Tapi atas sikap calon-calon yang peramah di situ aku rasa macam dah lama kenal dan selesa. Ada lah juga calon yang tak nak ditegur langsung sebab serius hafal benda yang patut. But believe me, jangan stress sangat. Kamu tak perlu jawab semua betul. Apa yang mereka nilai ialah kefasihan dan cara kamu. Confident ke tak. Memanglah mereka cuba mencari sebanyak mungkin kesalahan kamu tetapi jangan lupa bahawa mereka juga manusia biasa yang bermula dari O ke A. Mereka masih berhati perut okay. Jadi kepada calon-calon yang akan menghadiri temuduga Latihan Pembantu Pembedahan Pergigian tu. Harap-harap pengalaman saya ini bermanfaat terutama calon Sarawak. Ini blog pertama saya jadi tepuk lah sikit.hahahaha. okay fine tak nak sudah. Saya balik dulu esok lusa datang balik. Andai ada terkasar bahasa janganlah dengki maafkanlah.
Subscribe to:
Comments (Atom)